Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan KOSPEN (Part 2)
20 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2015 bertempat di PI Padang Besar Selatan, Jabatan Kesihatan Perlis telah mengadakan Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan KOSPEN (Part 2) untuk sukarelawan kampung. Golongan sukarelawan kampung ini merupakan wakil kampung masing-masing dan mereka diberi kepercayaan untuk mengisi data kesihatan ke dalam sistem online. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta untuk mengisi maklumat secara atas talian. Selain itu ia juga diadakan bagi tujuan melatih komuniti untuk menjadi sukarelawan dalam mengisi data kesihatan secara online melalui aplikasi Moves KOSPEN. Di akhir program ini, peserta memperoleh maklumat dalam berkomunikasi menggunakan jalur lebar dan mendapat lebih banyak maklumat secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi taraf penggunaan ICT dalam kalangan komuniti setempat. Ia juga dapat memberi pengetahuan kepada komuniti mengenai kepentingan kesihatan serta dapat melatih komuniti menjadi sukarelawan KOSPEN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: